Hantu1: Macam mana kau boleh mati?
Hantu2: Aku mati kesejukkan. Sewaktu aku sedang berada di rumah kekasih aku, tiba-tiba suaminya pulang. Aku terus menyorok di dalam peti ais. Akibat terlalu lama di dalam peti ais, aku mati akibat kesejukkan. Kau pula mati macam mana?
Hantu1: Aku mati akibat letih berlari. Sewaktu baru pulang dari pejabat, aku terdengar suara jantan lain bersama isteriku di dalam bilik. Aku cepat-cepat buka pintu, tetapi jantan itu sempat menyembunyikan diri. Aku tau dia masih di dalam rumah. Maka aku berlari kesana-sini mencari di mana dia sembunyi. Akibat terlalu letih aku rebah dan mati…
Kedua-dua mereka terdiam sejenak. Selepas beberapa ketika, hantu2 berkata.
“Kalau masa itu kau buka pintu peti ais, tentu kita berdua masih hidup dan tidak mati”
Kedua-dua hantu itu meraung bersama…
1 comment:
ROTFL!
Post a Comment